Rabu, 15 Julai 2009


Expedisi Gua Tempurung 2009
Pada hari Sabtu 20 Jun 2009 , seramai 10 orang guru serta 20 pelajar lelaki dan perempuan turut serta di dalam expedisi ini . Kami bermula pada pukul 10.30 pagi melalui tangga , susur anak sungai , lurah dan lubang gua akhirnya selesai pada puku 2.00 petang .
Sepanjang perjalanan expedisi ini , kami telah menempuh pelbagai cabaran serta rintangan sepanjang 4 jam itu ( Grand Tour ) .
Di sepanjang perjalanan expedisi , kami berpeluang melihat secara dekat lakaran , jenis batu-batan yang berusia beratus ribu tahun serta peninggalan sejarah pendudukan Bintang Tiga . Kami juga turut menjumpai beberapa kesan peninggalan pelombong bijih yang melakukan kerja-kerja melombong di sana .
Expedisi ini merupakan aktiviti kali ke 2 kelab kami untuk tahun ini selepas Expedisi Gunung Jerai , Yan , Kedah pada bulan April yang lalu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan